Friday 1 June 2012

Setahun Berlalu.... "june2011 - june2012.."

hai...

Terbaru - Tanpa sedar sudah setengah tahun 2012. Semakin cepat pulak rasanya masa berlalu sekarang jika nak dibandingkan dgn dahulu. Mungkin tugasan dan rutin harian mengaburi masa yang ada. Apapun besyukur kerana masih disini pada waktu ini dalam keadaan yang sangat baik. Sikit2 tu biasa lah...hahaha

Bercuti -Tanggal 21hb-22hb yg lalu sempat juga bercuti bersama abah, kakak dan anak buah ke penang.. Walau x lama.. dari senyuman abah dan anak2 buah, Iqma, Iqmi dan Nurin dapat rasa keseronokannya... lagi2 melihat reaksi mereka bila mana pertama kali naik kapal terbang... hahaha 'such a precious moment' .... Akibatnya yg kecil tu dh demand dan tanya bila next trip? Bila nk g cuti lg? hahaha... nanti ada masa k...

Kerja - Wow..sepeti yg dikatakan tadi sedar x sedar dh setahun bertugas di Cheras.. Memang betul2 rasa sekejap je. 365 hari yg lalu bersama mereka (KFC's Team) macam2 yang berlaku.. yg seronok, yg sedih... yg kelakar, yg x masuk akal... yg x boleh dilupa dan x kurang yg boleh dibanggakan. Sangat beruntung berada disini dan bekerja sama dgn orang2 yg sangat-sangat hebat dan penuh semangat. Pencapaian ? Alhamdulillah masih berada pada tahap yang diharapkan dan agak membanggakan.. Terima kasih anak-anak babah.... "We will do better this year and years to come....!!" percayalah.... ;-)

Kehidupan -  Selesa sekali.. 'thanks to my closes friend' ... sentiasa disana setiap masa ... ;-)

Akan Datang -  Belum pasti bila dan apa isi untuk next entry... tapi pasti akan ada... Mungkin percutian ke Pangkor bersama KFC's team atau percutian sendiri ke _____ pertengahan june nanti.. nantikan...
Sekian.


zee's
Kamarulzaidi Zaini




Saturday 17 March 2012

Syukur - 3 Bulan pertama 2012....

hai...

Kenangan - Sudah agak lama semenjak kali terakhir menulis entry ke blog ini.. x berkesempatan... apapun hr ni 18/3/2012 dapat meluangkan masa sedikit... Oh 18/3 adalah tarikh d mana hari pertama bekerja d kfc.!! d KFC Sekinchan... sebagai cashier...pasti kawan2 lama masih ingat.. Abg Arshad (RM), Suzana, Kay, Kamariah, Hamidi, Shamsinar, Lin, Misbun, Diela, Saiful dan beberapa org lagi... Memori sangat tu...Sekejap je masa berlalu...


Syukur - Bulan ke 3 2012, bermakna hampir tamat suku pertama tahun ini... So masih bersama2 anak2 babah untuk bulan ke 10. tgk tu..sedar tak sedar dh 10 bulan disini... hanya ALHAMDULILLAH... syukur kepada ALLAH sahaja yang paling layak di ucapkan... semoga terus terusan begini..amin...


Convention - bakal menyusul pada 20-22hb ini d Persada JB, + trip to Universal Studio, Singapore. Sangat tidak sabar menunggu tarikh itu... Acara tahunan yg ditunggu2 semua kakitangan KFC esp RMs. Cabutan bertuah no1467!! boleh dapat ke tahun ni? dengar2 banyak gadjet2 dan barang elektrik yg ada... hmmm harap tahun ni x meneruskan tradisi dimana x membawa balik apa2 walaupun voucher tesco, x pernah dpt..  hahahaha yes...ni tahun nya nk dpt iPad kot hahaha (saka??)


Kerja - Misi 90 masih diteruskan.. Babah harap anak2 babah d KFC Jusco Cheras Selatan akan memberi sumbangan yang besar. Setelah 6 selesai , kita masih di sana... Jadi team JCS focus dan berusaha... Tidak ada yang mustahil kan... Lihat Angsana sebagai contoh... Great!!


Akan datang - pastinya next entry will be gambar2 d JB dan Singapore... Tak lupa tahniah in advance kepada anak2 babah yang akan dapat apa2 award d convention nanti..You simply the best..!!


zee's
Kamarulzaidi Zaini

Tuesday 17 January 2012

Di hari ke 17 tahun 2012.....

Hai semua...

Sedar x sedar 15 hari berlalu di tahun 2012... Mulakan semula... pulihkan semangat... fikirkan yg di hadapan.. hanya sayu bila melihat abah bersedih...  :'-(   Ya...ada hikmahnya...

Bercakap pasal kerja.... Quarter baru! semuanya bermula semula.. Yes! kena fikirkan yg positif dan cuba mencapai misi...

Misi 1 :  Misi 90 
Misi 2 :  Misi 100

To all RMs...tahu apa yang perlu dilakukan....? Ya .. let's work together...!!
Ingat...Babah sentiasa ada disini untuk membantu....

Teruskan... Jumpa malam ini d Terminal Bersepadu Selatan...

bersemangat,
Kamarulzaidi Zaini - zee

Friday 13 January 2012

Kembali...Rindukan ibu...

Hai semua....

Hari ini 13 Jan'12 genap 10 hari ibunda tercinta pulang ke rahmatullah... Masih dan akan sentiasa mendoakan kesejahteraan ma di sana.... Dgn harapan seluruh keluargai dan rakan2 turut mendoakan....

Tahun 2012, bermula dengan dugaan yang belum pernah dirasai...terima kasih kepada keluarga terdekat dan rakan2 yg memberikan semangat..!! Jutaan terima kasih pada semua RMs yang berada di sana pada waktu saya memerlukan...melihat awak semua saya sangat terasa kasih sayang dan hanya tuhan yang tahu dan dapat membalasnya...

Kehidupan di teruskan dgn ingatan yg tidak putus2 terhadap ma.... ALLAH lebih sayangkan ma...

rindu ma...Al-Fatihah..
Kamarulzaidi Zaini